Sheikhu’l-Islam Hamwaini di dalam Fara’id dan Mu’ayyidu’d-din Khawarizmi di dalam Manaqib mengatakan bahawa Imam mengatakan perkataan itu dari atas mimbar: “Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak mengerti sebelum saya mati. Saya bersumpah dengan Allah yang membelah bijiran dan menjadikan manusia bahawa jika kamu tanyakan mengenai mana-mana ayat al-Quran, kitab Allah, saya akan memberitahu kamu mengenainya – bila ia diwahyukan, diwaktu siang atau malam, pada tempat perhentian atau di dalam perjalanan, pada tanah lapang atau dibukit, mengenai apa ianya diwahyukan, pada yang beriman atau terhadap yang hipokrit, apa yang Allah maksudkan dengannya, dan sama ada ayat itu umum atau khusus.’ Dengan itu Ibn Kawwa, seorang Khariji, bangun dan berkata: Beritahu kami apa Allah maksudkan dengan berkata, “Mereka yang mengesahkan keimanan dan melakukan amalan yang baik adalah manusia yang terbaik.’
Imam yang suci berkata: “Ayat itu merujuk kepada kami dan pengikut kami, yang mana wajah tangan dan kaki mereka berkilauan pada hari pengadilan. Mereka akan dikenali pada dahi mereka.’
Imam Ahmad Ibn Hanbal didalam Musnad dan Sheikh Sulayman Balkhi di dalam Yanabiu’l-Mawadda, ch.XIV, p.74, mengatakan dari Ibn Abbas bahawa Ali mengatakan perkataan ini dari atas mimbar: “Tanyalah saya mengenai apa yang kamu tidak tahu sebelum saya mati. Tidak ada ayat al-Quran yang saya tidak tahu lebih dari mereka yang lain. Saya tahu bagaimana dan bila ianya diwahyukan. Tanyalah saya mengenai sebarang kekacauan, kerana tidak ada kekacauan yang saya tidak tahu siapa penyebabnya dan siapa yang terbunuh di dalamnya.’
Ibn Sa’d di dalam Tabaqa, Abu Abdullah Muhammad Bin Yusuf Ganji Shafi’i di dalam Kifayatu’t-Talib, ch.52, dan Hafiz Abu Nu’aim Ispahani di dalam Hilyatu’l-Auliya,v.I, p.68, mengatakan dari rujukan yang sahih bahawa Amiru’l-Mu’minin berkata: “Demi tuhan ku, tidak ada ayat yang diwahyukan, tetapi saya tahu mengenai siapa ianya diwahyukan, dan dimana ia diwahyukan. Sesungguhnya, Allah telah menganugerahkan kepada saya hati yang bijak dan lidah yang fasih,’ Di dalam buku yang sama telah dikatakan bahawa Amiru’l-Mu’minin berkata: “Tanyalah saya mengenai kitab Allah. Tidak ada satu ayat yang mana saya tidak tahu sama ada ianya diwahyukan di bukit atau ditanah lapang.
(Prajurit-Al-Mahdi/ABNS)
0 komentar:
Posting Komentar